Serambi


PROFIL SEK. KEB. SEGAMBUT (WBA 0022)


FALSAFAH SEKOLAH
Memberikan pendidikan yang berterusan dan menyeluruh di samping menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid bagi melahirkan insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi & fizikal. Usaha memupuk ilmu dan nilai-nilai mulia ini adalah bertujuan ke arah membentuk seseorang yang bertanggungjawab kepada agama,,diri, keluarga, sekolah, masyarakat & Negara.

       VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

       MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"



SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH :

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1913.Guru Besar pertama ialah Tn. Hj. Md Sidin B. Md. Rasul, beliau telah bertugas hingga tahun 1925 dan Pn. Indrani A/P Letchumanan adalah Guru Besar pada tahun 2017
                 Sekolah ini telah berusia 105 tahun (maklumat sehingga  tahun 2017) & pada asalnya hanya terdapat sebuah  bangunan kayu dan kini telah dinaik taraf sejajar kemajuan Negara diganti dengan  3 buah blok bangunan sebagai tempat pendidikan murid termasuk Pra-sekolah, sebuah surau , sebuah kantin , padang sekolah & gelanggang badminton/takraw.
Sekolah ini dahulu dikelilingi oleh ladang getah & tanah lombong, tetapi kini telah berubah kepada penempatan perumahan & kawasan perindustrian kecil & sederhana.

INFO SEKOLAH TAHUN 2017 :

· Bil. Guru & Staf Sokongan : 45 orang
· Bil. Murid : 440 orang
· Bil. Bilik Darjah : 18 buah
· Sesi : Pagi



Carta Organisasi Sekolah Tahun 2017