Friday 13 April 2012

SK Segambut Update

Salam  Sejahtera kepada semua warga SK Segambut..

Pertama sekali ialah jutaan terima kasih kepada anda semua atas sokongan kepada blog sekolah ini, segala sokongan yang diberikan adalah amat kami hargai..

Untuk makluman semua setakat in seramai 32 ahli Alumni yang telah mendaftar dengan sekolah..bagi Alumni yang belum mendaftar boleh lah mendaftar dengan KLIK pada ALUMNI dan isi maklumat anda yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Maklumat yang anda berikan adalah rahsia dan hanya untuk kegunaan pihak sekolah sahaja.

SAMBUTAN KE-100 Tahun SK Segambut..

Untuk makluman semua , Sk Segambut akan menyambut Ulang Tahun Ke-100 Tahun pada tahun depan
Perayaan / Event akan diadakan secara besar-besaran, Tarikh yang dicadangkan adalah seperti di bawah;

TARIKH : 23 MAC 2013

Acara / event adalah  seperti makan malam (dinner), penyampaian sumbangan dan sebagainya..Jika terdapat sebarang cadangan, anda semua adalah dialukan untuk memberikan cadangan dan pendapat dan semua cadangan dan pendapat yang diberikan adalah amat kami hargai. Sila kemukakan cadangan / pendapat anda dengan memberikan comment di bawah atau pun email kami.
P/S Pihak Alumni dialukan untuk tampil ke depan dalam bersama menjayakan Program kita ini nanti.

Aktiviti sekolah..
Aktiviti sekolah yang sedang berlangsung sekarang ialah latihan rumah sukan pada setiap hari Rabu (Rumah Hijau & Rumah Biru) hari Khamis (Rumah Merah & Rumah Kuning), untuk Aktiviti Lain sila rujuk Informasi / Latest Info


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes