Sunday 25 March 2012

Perhatian kepada Guru-Guru Tahun1 & 2

Berikut adalah cadangan daripada Pn Suriani Tajuddin seorang ibu kepada murid Tahun 1 atau 2 untuk tindakan guru-guru sekalian.
TERIMA KASIH.

"Berkenaan homework untuk pelajar tahun 1 & 2.
Saya cadangkan guru-guru menggunakan stamp 'HOMEWORK' pada helaian buku yang berkenaan. Apa yang saya perhatikan pada buku anak saya, biasanya hanya lipatan disudut buku untuk menandakan ada homework. Ada kalanya anak2 kurang pasti dimana helaian homework yang sebenarnya.
Diharap mendapat perhatian segera. Terima kasih."  

2 comments:

Aslam said...

Saya setuju dengan cadangan ini dan ia patut di seragamkan ke darjah yang lebih tinggi. Ia dapat membantu ibu bapa menyemak kerja sekolah mereka.

Segambut ICT said...

Terima Kasih di atas cadangan dan pandangan Tuan Puan..Pada pendapat saya, jika sistem ini dijalankan pada tahun 1 & 2 boleh diusahakan tetapi untuk dipraktikkan pada darjah yang lebih tinggi ia kurang praktikal sedikit..ini adalah kerana saya percaya anak Tuan Puan semua boleh memahami arahan dan pesanan yang guru-guru berikan dan saya percaya mereka sendiri boleh menandakan buku mereka sendiri yang mana kerja rumah yang mereka perlu siapkan..(malangnya mereka tiada inisiatif sendiri untuk menandakan nya dan akhirnya mereka lupa bahawa mereka ada kerja rumah) Selain itu juga, kita juga perlu membiasakan atau mendisiplinkan mereka untuk berdikari..
Ada pun yang tidak menyiapkan kerja rumah kebanyakannya adalah kerana mereka tidak mendengar arahan cikgu yang mengajar kerana mereka sibuk bercakap atau mengusik kawan lain dan mereka sengaja tidak membuat kerja rumah mereka (malas)ini hanya pendapat saya..Terima Kasih..

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes